Thursday 9 February 2017

BIRO MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (BWPTDK)

kepada: Fifi Farhana bt Sobri
drp; Pengetua MRSM Terendak

Tahniah diucapkana kepada Fifi Farhana bt Sobri kerana telah dilantik sebagai BADAN WAKIL PELAJAR bagi sesi 15/16. Pihak maktab berharap agar BADAN WAKIL PELAJAR bagi sesi 15/16 mampu memikul tanggungjawab yang diberikan. 

 sebarang maklumat mengenai mesyuarat agung BWP akan dimaklumkan kemudian.


                                                                                                        disahkan oleh, 
                                                                                                      (Ppengetua mrsm tdk)

lebih kurang lah surat tu berkata (ecehwah. mls nak fikir ayat2 surat)

kita mula cerita tentang kisahku menjadi seorang yang berjawatan yang agak tinggi di tdk. 
memang banyak cabaran dugaan dan tangisan serta pengalaman yang memang doktor tidak boleh lupakan. ye la. nak ambil tanggungjawab bukan mudah adik2. pengalaman yang doktor rasa kan ini baru lah dlm alam persekolahan. macam mana lah nanti kalau kita tiba-tiba ditakdirkan unutuk menjadi seorang pemimpin kepada ratusan orang ataupun beribu ataupon berjuta eh ataupon bermilioan berzilion?! macam mana?!!! haha. over la doktor. tapi tak mustahil boleh terjadi :)

pengalaman yang doktor dapat mmg tak boleh dibeli. kalau nak beli pun mesti mahal sgt tak mampulah. haha. kenapa doktor cakap macam ni? sebb pengalaman mahal ni kalau kita tak hadapinya sendiri setakat nak beli je pengalaman orang lain mana nak ade feel. faham tak? maksud doktor kalau kita asyik nak tolak peluang yang ade setakat nak tgk org lain jadikan contoh mana nak sama ngn orng yang kita jadikan contoh tu. hhaaaaa. pening dak baca?
ok back to our buisness. 

JANGAN TAKUT HILANG KAWAN
kenapa? 
pada suatu hari, eh bukan. pada suatu malam... hari undian telah pun tiba. undian itu telah dilakukan di dewan budiman maktab doktor. undian dilakukan oleh setiap pelajar dan guru. untuk pelajar kami dah susun mmbuat undian mengikut batch. 
ok usha:
batch form 1-ok je (tak kenal lagi kut)
batch form2- ok la jugak 
batch form3- baik
batch form 4- hermmmmmmmm (batch doktor)
batch form 5- senyum2 akak senior tgk doktor haha
lebih kurangla keadaan dia macam tu. ok tu tak hot sgt. bila kami ahli2 bakaal BWP ni ambil kertas2 undian tadi dalam kotak undian.. rasa nak menagis lari sekolah malu semua de. tahu ape jadi?
muka doktor diconteng buat undian rosak semua ade. korang faham tak perasaan doktor kalau korang lihat muka adik2 kena conteng kononya ade hingus meleleh kening tebal gigi tekeluar tiba ade tanduk atas kepala nama diconteng elok elok parents doktor bg nama fifi dah tu diletaknya oleh makhluk allah yang dikasihi (harap berubahlah amin) "PIPI" marah tak?marah tak?
ok malam tu mmg la sagt sedih dan hiba rasanya. baru kita tahu sebenarnya ramai yang tak suka kita ni. ok malam tu doktor  hiraukan je. buat buat gelak je tapi dalam hati tak de seorang pon tahu macam mana rasanya kecuali yang satu (allah). kita dah la duduk asrama. nak mengadu kat siapa? ibu abah doktor ? haha. doktor mmg bukan jenis yang suka cerita masalah doktor dekat parents kalau jauh2 macam ni. karang ternangis nanti diorang risau lagi doktor sedih haha. ok. malam tu pon doktor motivate myself. asal nak amik kisah pulak pasal tuuu. dah stop! 
ok tu je doktor stop sampai situ
tapi mulut orang mana boleh berhenti. nak mengata tu mmg tak boleh stop TAKPE. makan lah daging aku puas2. haha. macam2 doktor kena waktu tu. fitnah pon selonggok kena bertempek kat muka. tapi apa yang kita boleh buat? diam buat tak tahu. 
bukan tu je adik2, kawan yang rapat dgn kita pon akan tindaskan kita. jadi? nak buat ape? mmg waktu tu doktor kecewa bagai nak rak. tak pe la. 
ape yang doktor belajar?
jangan putus asa sbb takut hilang kawan. biar la air mata keluar sampai dah habis pon asalkan kau tak putus asa. doktor PERNAH nak letak jawatan sbb hal kecik semut ni je. eyyy. jangan ye adik2. jangan.! biar ape pon orang nak cakp ape pasal kita janji kita tak buat ape yang diorang buat kat kita. kalau kita buat kat orang lain benda yang sama orang buat kat kita, maksudnya kita sama je mcm org2 tu. nak ke? tak nak kan? jadi toksah nak buang masa nak revenge kononya. fokus ja benda depan mata. just do whatever you want. no one can help yourself except you help yourself!.


TANGGUNGJAWAB

sebenarnya doktor mmg tak minat dan tak pernah bercita cita nak pikul tanggungjawab dlm bidang bidang macam ni. maklumat? macam mana tu? maklumat ape yang sepatutnya doktor ambil tahu? komunikasi? ohhh kena selalu libatkan diri dlm bidang2 MCEE lani...? entah la nak. mak redah je. bila doktor baca semua peranan yang sepatutnya doktor buat dlm fail BWP , mmg tak paham sbb doktor tak minat langsung. doktor tahu kemampuan doktor. doktor bukan jenis orang yang terlalu peka dgn keadaan sekeliling atau pon gosip2 maktab terkini. (gosip2 yang bermanfaat ) yang ini bukan sgt bidang doktor. sebenarnya dan sejujurnya doktor teringin sgt nak jadi biro kesihatan dan makanan . banyak la jugak persiapan yang dah dibuat. biro yang doktor nampak ni nampak la jugak peranan nya kan? kan? haha. doktor dah berangan nak buat makan malam beradab untuk pelajar form 5 di dewan budiman dilengakapi kemewahan macam di hotel semasa bulan ramadhan. ecewah. ataupun buat makanan sunnah setiap hari jumaat. setiap pagi pihak teres (dm) mestilah mewajibkan semua pelajar untuk turun makan dan akan dihidang susu serta kurma dan kismis mengikut hari.tukar sikit menu makanan yang best2 sikit. herm. bnyak lagi sebenarnya. :0 untuk kesihatan pulak of course la doktor nak berganding bahu dgn biro sukan. kan kan? tapi yang bestnya, walaupon doktor biro maklumat dan komunikasi, doktor telah berjaya megusulkan projek zumba. musim sekarang kan mmg orang gilakan zumba. budak perempuan sanggup buat ape2 je untuk berzumba walaupon dlm cara yang haram. so, kalau haram kita halalkan lah. doktor dah buat satu malam zumba kat dewan. tanpa lelaki. mmg budak perempuan semua enjoy gegedik sakan la diorang. mmg best sgt. walaupon hanya untuk satu mlm, tapi ttp buat doktor happy.
untuk biro doktor sendiri? tak banyak boleh buat. projek ape ya nak buat haha. bnyak yang nak dibuat tapi tak sempat dan tak dpt kelulusan. ok kita lupakannya. tapi mmg satu benda yang mmg doktor nak buat kat maktab tdk yang tercinta ialah mesin fotostat dan print layan diri. kat foyer sains tingkat dua kan ade komp yang cikgu suhailli letakkan kat situ untuk pelajar mudah mencari sumber internet, tapi kita upgrade sendiri letak mesin fotostat dan printer kat situ. layan diri lakan. letak duit setelah menggunakannya dgn cermat. erm, boleh memupuk sikap kejujuran kan kan :)mmg sgt memudahkan pelajar lagi2 pelajar pt3 yang mmg assignment projek yang nak disiapkan. kadang psp mungkin penuh dan ramai org tau mungkin tutup tapi pelajar tetap boleh menggunakannya. tu la setakat ni iedea yang mmpu memudahkan pelajar :) tapi apakan daya, krisis kewangan maktab menjadi2.

ok ade cerita nak share. mengenai bukan biro doktor. cuma nak sharing the moment. masalh yang sgt besar smpai jadi isu pengetua hanya kerana tema hari puteri yang tak sedap didengar. zaman kita anak muda sekarang mmg terkenal dgn trending pakaian "hipster". tahukah anda ape sebenarnya yang dimaksdkan dgn hipster. selepas kejadian ni, baru doktor tahu sebenarnya maksud hipster ni.hipster menurut kata2 cikgu, ia merupakan golongan muda yang dulu dulunya kuat protes dan sgt kuat berpolitik. berpakaian skinny jeans, old school sneakers and sometimes with thicked rimmed glasses. ade lagi, most men and women sport similar androgynous hair styles. nak dikatakan kat sini sebenarnya maksud disebalik sejarah kewujudan perkataan hipster ni tidak beberapa elok. tapi sekarg dictionary dah translate sbg "a person who follows the latest trends and fashion. herm, itulah yang kita faham sekarang ni" disebabkan oleh perkataan yang tidak elok ini untuk digunakan sebagai tema, hari puteri hampir dibatalkan oleh pengetua!!!!! oh tidak. waktu tu mmg sgt menggentarkan sbb semua persediaan dah hampir siap. biro puteri ape lagi menangis teruk sgt. sedih sgt doktor tgk die ketika itu.. die pergi jumpa pengetua, tak mkn tengah hari pukul 6 petang baru balik asrama semata mata mahu acara ni jadikan jugak. padahal waktu tu kami dah hampir dgn spmrsm. sampai HEP datang turun padang waktu prep mlm untuk selesaikan masalah ni dgn segera dan setuju untuk menukar tema yang lebih sesuai. mmg keadaan sgt huru hara. alhamdullilah walaupun tidak sebagus tahun lepas, majlis hari puteri berjaya dgn jayanya walaupun dikenakan kawalan yang amat ketat. 

so, apa yang doktor dapat belajar? nak handle sesuatu kita tak boleh ambil terlalu mudah sesuatu perkara walaupun hanya tema. stiap perkara mestilah dirangcang dan meminta pendapat orang lain sebelum membuat keputusan. ya, mmg betul kita pemimpin. kita lah antara orang yang paling berkuasa di situ. tapi ingat, pemimpin yang baik sentiasa menerima pendapat orang lain. dan lagi satu, nak buat sesuatu benda mestilah dirancang dgn sebaik mungkin. rancangan tu dah rasa macam dah sebaik mungkin baru usulkan. jangan main redah je adik2. :)


SAHSIAH DIRI, JAGA!!!!!!!!

kita pemimpin. sebagai pemimpin kita mesti memimpin orang ke jalan yang betul. macam mana kalau diri kita sendiri tak betul tapi nak betulkan orang lain? macam mana tu? macam mana kita nak suruh orang tak couple tapi kalau diri kita sendiri couple? macam mana kita nak larang orang drp merokok kalau diri kita sendiri merokok? macam kalau kita nak suruh orang pakai stokin kalau diri kita sendiri pergi kafe tak pakai stokin? macam mana kita nak suruh orang pergi surau tapi kita sendiri tak pergi surau?? macam mnan tu?
apa akan terjadi dengan pandangn orang?
nak ke orang dengar cakap kita ni?
nak ke orang jadikan kita sebagai role model?
bila dah tersasar atau hampir nak tersasar balikkan diri kita kepada sikap kepimpinan rasullulah saw. bagindalah pemimpin yang paliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnngggggggggg layak menjadi pemimpin... semua belajar agamakan? nampak mcm mana baginda memipin? masa doktor hilang kawan kena caci maki semua, doktor selalu ingat yang nabi muhammad sendiri tak pernah membenci umat nya sendiri kot. ape hak kita nak membenci org yang kita pimpin? apa yang mampu kita buat? bersabar. pujuk hati. sama jugak dgn sahsiah diri. orang sgt pandang sahsiah kita kalau kita menjadi seorang pemimpin :) so pandailah jaga sahsiah. jauhi diri dr mana benda negatif. maksiat jangan dekati...!



i really hope that whatever leader you are, you have to do the best in every step you take. never look behind and just catch your dream! 


(photos will be upload later)

Wednesday 8 February 2017

kehidupan di MRSM Terendak

my bestfriend

gambar yang kat atas tu masa dr sambut hari raya di mrsm terendak. waktu dah form 5. ok. kalau nak start story mana boleh dari form 5. tak syiok laa. kita start dari from 1.


ni la MRSM Terendak. ada kenangan manis, ade jugak kenangan buruk... 
masa form 1 menangis la hai! mana nak tahan duduk mrsm. ye la. semua tahu yang budak2 MRSM ni memang meletop dari segi sahsiah dan akademik. sistem pembelajaran pun lain sgt kalau nak dibandingkan dgn sekolah gov. tapi ape nak dikatakan, doktor anak sulung dalam family. nak tak nak kena jadi contoh untuk adik adik.

first, kalau pikir kita nak duduk asrama ni mesti terlintas dlm fikiran kita mengenai buli. dulu doktor nak kata doktor kena buli pon tidak. tapi kalau diri dah perempuan, rasa macam kena buli tanpa disedari.huh? macam mana pulak..?  contohnya, jelingan maut dar akak2 senior, kita jadi bahan topik umpatan senior, jadi bahan ketawa mereka dan seumpamanya. haha. kalau dipikir balik doktor antara orang yang berani dan malas nak pikir. tapi bila sekali dah kena batang hidung takut gila! haha. pendekkan cerita buli dari segi mental. kalau lelaki pulak buli lagi teruk! melibatkan fizikal. maksud doktor macam PT waktu pagi lepas breakfast sampai pukul 10 pagi. then, basuh baju, beli makanan untuk senior haaaaa ni semua normal. 
so, doktor nak cakap kat adik2 ni kalau masuk asrama mesti lalui semua benda alah ni. 
kenapa doktor cakap macam ni sebab semua benda ni mengajar kita erti disiplin. 
kalau tak wujud semua benda ni, mana kita nak belajar disiplin? kita tinggal sebumbung so kena hadapi semua ujian ni. sapa kata peraturan asrama ni semua menghalang kita tak fokus dlm study? tak sebenarnya jangan salah anggap ye adik2. tapi yang senior jangan terlebih over pulak kalau buat rules. semua rules mestilah dapat kebenaran dari cikgu2.
kalau adik2 ni kena buli terlalu teruk yang melibatkan kecederaan ataupon emosi adik2 terganggu, jangan risau. dlm mrsm bnyak tempat kita boleh mengadu. contohnya badan muafakat. badan ni sama seperti PIBG. AJK badan muafakat ni bukan dr calang2 org.  so jgn risau :)

tadi doktor ada cakap mengenai sistem pembelajaran yang sgt lain dlm mrsm ni. apa yang lain? macam mana yang lain nya? 

dlm MRSM kita akan exam dlm sistem PNG. serupa universiti. sekarang kolej vokasional pun menggunakan sistem ini. sistem ini sgt menjadikan kita seorang yang suka berdaya saing. perasaan nak mendapat keputusan yang lebih baik dari rakan yang lain selalu ade dlm diri doktor dulu. competition sgt tinggi !! setiap kali selesai exam, pointer akan keluar then semua satu maktab berebut pergi depan UPNM nak tengok pointer. adik2 nanti mesti peka dgn keadaan sekeliling. 

selain itu, exam akan diadakan 3 kali dlm satu semester. UJIAN SELARAS 1 DAN 2 dan akan final SEM. untuk sem 2, UJIAN SELARAS 2 DAN 3 dan final year. soalan yang untuk ujian selaras lain setiap MRSM. tpi kalau ujian final SEM dan final YEAR akan sama setiap mrsm di malaysia. pengetua akan buat penilaian setiap awal semester dan awal tahun untuk dibandingkan keputusan setiap batch dgn batch dr mrsm yang lain. pengetua doktor akan buat pembentangannya di hadapan semua warga maktab di dlm dewan budiman. herm, waktu yang gerun kan sbb hari itulah yang sering menentukan imej batch korang. batch ni pandai ke tidak semua ditentukan pada waktu tu :D takut haha. bagi pelajar yang mendapat pointer 3.50 and above akan menerima penghormatan penegetua. die mcm anugerah dekan. bangga sgt kalau dapat! pengetua belanja makan.
                                             "MAJLIS MAKAN BERADAB."
over pulak haha

sgt best:0  seumur hidup doktor, 4 kali masa lower form. upper form kurang sikit sebb susah . doktor amik biology. so susuah sikit nak mantain pointer. kalau trial spm, mrsm kita panggil sebg SPMRSM. soalan selaras se mrsm. macm sbp. soalan die tak yah cakap susah macam mana. haha., doktor masih ingat, habis jawab addmath balik bilik menjerit sambil menangis dengan roomate. susah yang amat. !so i wish you all the best :) doktor dah habis:)))

contoh tapi serupa
dlm mrsm jugak kita akan didedahkan dengan aktiviti INVENTION, bagi lower form, pesta bakat. dan bagi upper form pesta sains. assignment ni sgt susah sbb kita kena cari idea kreativiti sendiri untuk mengolahkan idea. doktor masih ingat semasa doktor di lower form doktor membuat projek new teen fashion dan masa upper form doktor buat projek GO AWAY MONKEY! haaahaaa. sbb maktab doktor ada banyak sgt monkey. kononnya nak buat projek yang akan bagi manfaat kepada maktab tapi tak sempat siap. itsokay:) harap batch lain dpt teruskan projek sedemikian rupa. ok. nak bangga sikit. maktab doktor dpt bertanding di LUAR negara bnyak kali dalam pertanduingan-pertandingan invention ni !! haha. memang MARA membuka jalan kepada pelajar untuk mengahantar projek sains ke pertandingan antarabnagsa :) so sesiapa yang amat berminat boleh join the group :0 memang pelajaran akan banyak tertinggal. tp bukan bermakna korang akan fail during the exam. bnyak dah senior doktor yang berjaya eventhough sibuk dgn projek tak dpt join prep buat homework, tertinggal kelas petang dan malam dan sgt busy siapkan projek.. tpi ramai yang still berjaya :) straight A pon ada. so jangan risau. sila rebut sijil antarabangsa :)


this team got a gold medal :)



kita sambung lagi :)ni mungkin topik yang best sikit. CINTA MONYET ;) kenapa doktor masuk kan topik ni dalam blog doktor ? kenapa? kenapa? KENAPA?!!!! HAAA. i really want to say this! dont ever try to have love with any boys! kenapa? kenapa? KENAPA?!!!! sbb adik2 tak tahu macam mana lelaki2 mrsm ni. haha. kenapa doktor cakap macam tu? kenapa?  bnyak betul kenapa. sbb dia BUANG MASA. macam maanaa doktor boleh tahu? mcm mana doktor?  sbb doktor pernah la :) haha.
adik2 yang dikasihi oleh kakak doktor ni. akak yang sudah tamatkan study akak kat mrsm lebih tahu pahit dan manis nya mrsm. senior doktor pernah bgtahu doktor yang perkara yang paling beliau menyesal selepas spm adlah BERCINTA!  kenapa? sbb bnyk buang masa buang kredit buang duit and the most important is buang perasaan. kesian suami nnt kalau kita pernah bg hati kita ni buat lelaki yang takkan membawa kita ke mana2. :) kalau adik2 tak percya cubalah. kalau dah rasa apa yang doktor pernah rasa putus la dgn segera. apa faedah yang kita akan dapat? kita kakn terhindar drp hubungan khalwat. sapa kata kalau budak pandai tak buat silap. sap kat? sapa kata? bnyak dah kes dlm mrsm ni sedemikian rupa. jgn lah kita jadi salah sorg drpadanya... org pandai bestari pon manusia biasa yang tak lari drp membuat silap. jgn kita kecewakan ibu bpa. dah dpt masuk mrsm dah mmpu membanggakan ibu bapa. tapi klau kena buang mrsm? nauzubillah. jgn ok. JANGAN!
lovebird semata-mata



bagi laki2 yang baik2 ni. jangan mainkan anak dara orang. klau betul suka. tunggu habis belajar. jangan mengorat pulak. kalau boleh janagn contact langsung. mula2 mmglah kawan. tp lama2..... jeng jeng.... boys and girls never be friend!





the roomate!

gambar ape tu? MOCK INTERVIEW.  pengalaman yang menggerunkan dlm hidup doktor. pengalaman pertama nak interview. ni jauh lagi perjalanan. masa form 5. waktu ni semua pkaai lawa2 smart2. and of course all are in english! broke ke tak broke ke english kau.. hadap je dgn confident. kat sini jugak boleh dapat scholarship :) berusahalah waktu exam MARA yang susah tu. haha. inshallah :)


sampai dini lah blog doktor. bnyak sebenarnya nak dikongsikan. banyak betul kisah2 doktor semasa di mrsm. tapi apakan daya. nak solat zohor. solat tak boleh ditangguh :)